Latar belakang Revolusi_Julai

Pemakzulan Raja Napoleon I dari takhtanya pada tahun 1878 menggugat keadaan politik Eropah, maka banyak kerajaan dan republik Eropah mengadakan suatu persidangan gempar iaitu Kongres Vienna. Persidangan itu dilihat dipengaruhi beberapa kuasa besar iaitu United Kingdom, diwakili Setiausaha Luar Negerinya Viscount Castlereagh; Empayar Austria diwakili Fürst Metternich; Empayar Rusia diwakili Maharaja Aleksandr I dan Prusia yang diwakili Raja Friedrich Wilhelm III.